Kelapa aneh empat mata

 

 KOTA RAJA BERSIUNG, KERIAN – Seorang penduduk di sini, Bidi Wahab menganggap penemuan sebiji kelapa yang mempunyai empat mata sesuatu luar biasa memandangkan kelapa hanya mempunyai tiga mata sahaja.

Menurutnya, dia sendiri langsung tidak menyedari kehadiran kelapa yang baru dipetiknya itu dari kebun berhampiran.

“Biasanya kelapa yang hendak dijual, saya dilonggokkan sahaja di tepi jalan dan setiap longgok ada empat biji. Saya menjualnya dengan harga RM5 selonggok,” katanya.

Bagaimanapun, jualannya langsung tidak dibeli pelanggan dan keadaan itu membuatkannya rasa pelik.

“Selalu tidak sampai satu jam, pasti akan habis kesemuanya tetapi sudah lima kali saya pergi berjual namun tidak ada sesiapa pun yang mahu beli,” katanya.

Kejadian yang berlaku sejak seminggu lalu tidak memutuskan semangatnya namun nasib malang terus menimpa.

“Kemudian saya bercadang memberi kelapa itu kepada anak namun saya terlupa, kemudian saya memutuskan untuk menggunakannya sendiri,” katanya.

Bibi terkejut setelah mendapati empat mata di bahagian atas kelapa itu dan ia adalah pertemuan pertamanya semenjak lebih 50 tahun menjual kelapa.

“Selepas menyedari kejadian itu, kelapa yang lain laris terjual. Kini, saya menyimpan kelapa aneh itu sebagai koleksi peribadi dan bercadang untuk menjualnya sekiranya ditawarkan dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan