Penduduk ukur lelaki paling pendek dunia

 
 DUA penduduk mengukur ketinggian Chandar Bahadur Dangi dekat rumahnya di Kampung Reemholi di Nepal 

 KAMPUNG REEMKHOLI, Nepal - Ketinggian seorang lelaki berusia 72 tahun, Chandra Bahadur Dangi yang mendakwa menjadi lelaki paling pendek di dunia telah diukur oleh beberapa penduduk kampung dekat rumahnya di sini pada Khamis lalu.

Kampung lelaki itu terletak 540 kilometer ke barat daya bandar Kathmandu.

Dia menunggu pengesahan daripada para pegawai Guinness World of Records berhubung dakwaannya itu.

Ketinggian lelaki itu cuma 56 sentimeter dan punca dia kelihatan rendah masih menjadi misteri.

Sehingga kini, rekod lelaki terpendek di dunia dipegang oleh warga Filipina, Junrey Balawing dengan ketinggian 59.93 sentimeter.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan