Majalah terkecil bernilai RM2.48 juta dipamerkan

 
SEORANG kurator Muzium Musee des Lettres et Manuscrits menunjukkan majalah terkecil bertarikh 1830 yang dihasilkan Charlotte Bronte di Paris, Perancis


PARIS - Manuskrip majalah Young Men's edisi kedua yang mengandungi 4,000 patah perkataan dan 19 muka surat yang ditulis oleh seorang penulis novel terkenal England, Charlotte Bronte semasa dia berumur 14 tahun pada 1830 dipamerkan di Muzium Musee des Letters et Manuscrits di sini.

Muzium itu membeli manuskrip itu pada harga AS$826,287 (RM2.48 juta) dalam satu lelongan yang diadakan pada Disember tahun lalu, lapor agensi berita Reuters. 

Manuskrip itu mengandungi watak-watak dalam dunia imaginasi yang dicipta oleh Bronte dan saudaranya. - Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan