Ferrari RM100 juta

 

LONDON: Sebuah kereta Ferrari dijual dengan harga 20 juta (RM100 juta), menjadikannya kereta paling mahal di Britain.

Ia satu daripada 39 model kereta siri 250 GTO yang dibuat dari 1962 hingga 1964.


Kereta berkenaan dipercayai dijual oleh pengumpul kereta Ferrari, Jon Hunt yang membelinya pada 2008 dengan harga 15.7 juta, rekod dunia ketika itu.

Hunt yang mengasaskan agensi hartanah Foxtons sebelum menjualnya dengan harga 370 juta pada 2007, menjual Ferrari buatan 1963 itu pada harga 20.2 juta, mencatatkan keuntungan sebanyak 4.5 juta dalam masa hanya tiga tahun.


Kereta yang bernombor plat 5095 itu dilengkapi enjin V12 dan mampu mencapai kelajuan 287 kilometer sejam.


Harga baru kereta itu pada 1963 ialah 6,000, sama harga dengan sebuah rumah berkembar pada 1960-an. Ferrari 250 GTO itu kini adalah kereta kedua termahal di dunia selepas kereta Bugatti keluaran 1936 yang dijual pada harga 26 juta pada 2010. - Agensi

1 ulasan: