Janda serumah dengan kuda

 

LADY GREY TOO yang berusia tiga tahun, diberi minuman oleh Stephanie di ruang tamu rumah wanita itu di Back, Scotland.


 EDINBURGH: Seorang wanita bertegas enggan berpindah atau mengubah cara hidupnya walaupun tindakannya hidup bersama seekor kuda kecil dibantah jiran.

Di sebuah rumah separa berkembar sederhana di kawasan terpencil di Back, Pulau Lewis, Scotland, Stephanie Noble memilih untuk menjaga kuda itu sebagai teman hidupnya.

Janda penggemar haiwan itu berkata, kuda berkenaan - dinamakannya Grey Lady Too terpaksa menginap di ruang tamu rumah selepas jiran mengadu haiwan berkenaan memakan tanamannya.

Stephanie, 60-an, menyediakan ‘tilam’ diperbuat daripada jerami untuk Grey Lady Too, selain menggunakan kerusinya menjadi tempat meletak makanan untuk haiwan berkenaan.

Stephanie juga menyediakan 60 kilogram pasir dan empat guni tahan lasak untuk membolehkan kuda berkenaan membuang najis.

Disebabkan cara hidupnya yang luar biasa itu, Stephanie berdepan dengan pelbagai rungutan daripada penduduk berhampiran.

Dia juga beberapa kali menerima lawatan pihak berkuasa tempatan serta pertubuhan kebajikan haiwan Scotland.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan berkata, mereka tidak boleh bertindak kerana Grey Lady Too tinggal di rumah Stephanie.

Stephanie pula berkata, dia berhak melakukan apa saja di rumahnya.

“Ini harta saya. Jika saya mahu menyimpan gajah di sini pun, tiada siapa boleh melarang,” katanya.

Menurut Stephanie, dia tidak melihat perbuatannya memudaratkan kudanya.

“Sebenarnya, tidak normal untuk seseorang memelihara burung dalam sangkar, kerana burung sepatutnya terbang bebas.

“Mengapa tiada sesiapa merungut mengenai itu?” katanya. - TS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan