Gambar mayat lebih 3,000 tahun didedah


GAMBAR menunjukkan mayat Otzi yang mati lebih 3,000 tahun lalu. 


LONDON - Gambar-gambar mayat seorang pahlawan purba yang ditemui dalam keadaan beku di kawasan pergunungan Alpine dan berusia lebih 3,000 tahun, didedahkan buat kali kali pertama, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar itu menunjukkan tubuh badan pemburu zaman prasejarah yang diberi nama jolokan Otzi itu.

Mayat itu yang ditemui itu lengkap dengan jubah berbulu yang diperbuat dari rumput selain memakai kasut kulit, busur dan anak panah.

Jurufoto mengambil masa 48 jam untuk merakamkan 150,000 gambar khazanah arkeologi itu dari pelbagai sudut dengan lebih jelas.

Mayat Otzi ditemui dalam keadaan beku di pergunungan Alpine di Itali-Austria dan dipercayai telah mati lebih 3,000 tahun lalu.

Gambaran terbaru itu turut membabitkan imej tiga dimensi yang boleh dilihat dengan cermin khusus dan menayangkan mayat yang diawet berkenaan dari 16 sudut berbeza. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan