Mayat budak perempuan tidak reput

GAMBAR menunjukkan sejumlah mayat tidak reput di kubur bawah tanah di Palermo, Itali.

IMEJ menunjukkan mayat Rosalina tidak reput.

PALERMO - Satu mayat budak perempuan berumur dua tahun kelihatan sempurna seperti baru meninggal dunia walaupun sudah disimpan selama lebih 90 tahun di dalam kubur bawah tanah di sebuah biara di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Mayat budak perempuan itu yang meninggal dunia pada Disember 1920 diletakkan di dalam kubur berkenaan bersama-sama 2,000 mayat lagi.
Budak perempuan itu yang dikenali sebagai Rosalina diletakkan di dalam keranda kayu di sebuah kubur sebuah biara di Palermo di Sicily, Itali selepas meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.
Sejumlah mayat lagi yang sedang mengalami beberapa proses pereputan diletakkan di atas bangku dan ada juga digantung di dinding.
Kubur bawah tanah tersebut mula dibuka pada kurun ke-16 apabila paderi mencari alternatif bagi mengatasi masalah kekurangan tanah perkuburan.
Keadaan kubur bawah tanah yang sejuk dan mempunyai batu yang dapat menyerap cecair menyebabkan mayat menjadi kering. - Agensi



2 ulasan: