Nyamuk suka lagu cinta


WASHINGTON - Irama perlahan daripada lagu cinta mungkin membantu saintis membasmi pembiakan nyamuk yang didapati gemar mengawan ketika mendengar melodi tersebut.
Para penyelidik Universiti Cornell dekat sini dalam jurnal Science terbaru mendakwa, pasangan nyamuk menyanyi dengan cara mengibas sayap bersama secara harmoni mengikut lagu cinta.
Bunyi kepak mereka berpadanan pada frekuensi 1,200 Hertz (Hz) berbanding jika terbang bersendirian pada gelombang 400 Hz untuk nyamuk jantan dan 600 Hz pula bagi betina.
Bunyi tersebut jelas dapat didengar bingit seiring dengan irama perlahan daripada nyamuk Aedes aegypti yang boleh menyebabkan penyakit demam kuning dan denggi. - Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan