Tembikai meletup

Bahan kimia forchlorfenuron untuk mempercepat pertumbuhan tanaman tembikai

BEIJING: Buah tembikai meletup - mungkin disebabkan peggunaan bahan kimia berlebihan oleh petani - sekali lagi mencetuskan kebimbangan mengenai tahap keselamatan sektor makanan di negara ini.

Media kerajaan berkata, hampir 120 ekar hasil tembikai di bandar Danyang musnah akibat kejadian itu selepas petani menggunakan bahan kimia forchlorfenuron untuk mempercepat pertumbuhan tanaman itu.


“Pada 7 Mei lalu, saya menghitung terdapat 80 buah tembikai yang meletup tetapi tengah hari ini bilangannya meningkat kepada 100,” kata petani, Liu Mingsuo kepada Stesen Televisyen 

Kerajaan, Televisyen Pusat China (CCTV) dalam laporan yang disiarkan, semalam.

Menurutnya, dia menyembur tanaman itu dengan bahan kimia hanya sehari sebelum itu.


“Dua hari kemudian, saya tidak peduli lagi untuk menghitung,” tambah Liu yang mengaku menyembur forchlorfenuron di ladang tembikainya yang seluas tiga hektar - lebih daripada dua pertiga hasil tanamannya - musnah.


Bagaimanapun, laporan CCTV dan media lain turut memetik kenyataan pakar yang menyebut keadaan itu disebabkan oleh perubahan cuaca apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba di kawasan berkenaan yang mengalami kemarau sebelum ini. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan