Klinik guna rokok rawat kanser

SEORANG kakitangan menghisap rokok yang digunakan untuk merawat penyakit kanser
 di klinik Griya Balur, Jakarta baru-baru ini.

JAKARTA - Klinik Griya Balur di sini menyediakan perkhidmatan merawat penyakit kanser dengan menggunakan asap rokok yang dihembus ke dalam telinga dan mata selain tiub ke dalam paru-paru si pesakit.
Menurut pengasas klinik tersebut, Dr. Gretha Zahar yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang teknologi nano dari Universiti Padjadjaran, Bandung, dia sudah merawat 60,000 pesakit sejak dekad lalu.
Dia percaya, dengan memanipulasi raksa dalam asap rokok, ia akan dapat mengubat semua pesakit termasuk kanser selain memperlahankan proses penuaan.
"Merkuri merupakan punca semua penyakit. Dalam rokok saya, terdapat pencari bahan (raksa) yang menarik raksa dari tubuh," katanya.

* Gambar-gambar  cara rawatan penyakit kanser menggunakan asap rokok


2 ulasan:

  1. macam ni pun boleh jugak. aku bau asap rokok pun tak boleh tahan. haha.


    My latest entry : Heroin Kartun Disney Versi Gothic

    BalasPadam
  2. tak sangka pula asap rokok boleh merawat penyakit kanser....setahu saya asap rokok ini sangat merbahaya bukan sahaja bagi penghisap rokok malahan kepada orang2 yang berada disekelilinya.

    BalasPadam