http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Ulat beluncas terbesar ditemui di Switzerland

Buerki of the botanical gardens in Bern shows the caterpillar of an Atlas moth

BUERKI menunjukkan seekor ulat beluncas terbesar yang ditemuinya semalam.


BERN, Switzerland – Seorang ahli botani di sini telah menemui seekor ulat beluncas terbesar yang pernah ditemui di dunia semalam.

Ahli botani itu, Markus Buerki mendedahkan ulat yang ditemuinya merupakan ulat beluncas dari spesis atlas moth atau attacus atlas.

Atlas moth akan bertukar menjadi kupu-kupu dengan lebar sayapnya boleh mencecah lebih 25 sentimeter.

Ulat beluncas tersebut kini dipelihara di sebuah taman botani di Bern. – Agensi

Muntah ikan paus bernilai RM210,502

Ken Wilman with his lump of rare whale vomit or 'ambergris' on Morecambe beach

The rare whale vomit or 'ambergris' found by Ken Wilman

WILMAN dan anjingnya menemui ambergris yang bernilai tinggi ketika berjalan-jalan di sebuah pantai.

LONDON – Seorang lelaki di sini, Ken Wilman ditawarkan wang berjumlah £43,000 (RM210,502) oleh seorang pembeli dari Perancis untuk muntah ikan paus yang ditemui anjing peliharaannya di sebuah pantai.

Dia menemui objek itu selepas anjingnya mula menghidu batu yang agak besar dengan tekstur melekit berwarna kekuningan ketika bersiar-siar di bandar Morecambe, barat laut England.

Muntah yang jarang ditemui itu dipercayai menjadi bahan asas penting untuk penghasilan minyak wangi.

Wilman percaya objek tersebut adalah sebahagian daripada ambergris, bahan yang ditemui dalam sistem penghadaman ikan paus sperma.

Ikan paus kadang kala memuntahkan ambergris yang kemudian terapung di permukaan air dan dianggap bernilai tinggi sejak berabad-abad lamanya.




Tentera AS cipta pesawat canggih

The Aeroscraft, a prototype airship, sits inside its hangar in Tustin, California: The high-tech blimp is nearly ready for flight testing, having now completed its 'first float' manoeuvres carried out inside the hangar

Engineer Leonel Cruz pulls down the flab on the Aeroscraft: Built around a frame of aluminium and carbon fibre, the huge 230ft prototype is nevertheless only half the size of the conceived finished version

Impressive: Bradley Hasemeyer, the host of AOL's Translogic show, uses his smartphone to photograph the Aeroscraft airship inside its colossal hangar at the former Tustin Marine Corps Air Station in Orange County
PESAWAT Aeroscraft diletakkan di dalam hangar di sebuah bekas pangkalan tentera di Tustin, California pada 24 Januari lalu.

TUSTIN, California - Tentera Amerika Syarikat (AS) telah mencipta sebuah prototaip pesawat Aeroscraft berteknologi tinggi yang boleh digunakan untuk membawa banyak muatan.

Jabatan Pertahanan AS dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah melaburkan dana sebanyak AS$35 juta (RM108 juta) dalam projek tersebut.

Pesawat tersebut dilihat berpotensi untuk membawa lebih banyak kargo berbanding pesawat udara lain ke kawasan zon bencana selain anggota tentera ke medan perang.

Badan pesawat itu dibina dengan menggunakan rangka aluminium dan gentian fiber yang kuat.

Prototaip pesawat itu dibina oleh firma penerbangan AS, Worldwide Aeros.

Pesawat itu digambarkan mirip pesawat penyelamat Thunderbirds 2.

Ia kini menjalani ujian di hangar pada era Perang Dunia Kedua di sebuah bekas pangkalan tentera di sini.

Pesawat berkenaan akan menjalani lebih banyak ujian sebelum ia boleh digunakan.

Ujian penerbangan pertama telah diadakan pada 3 Januari lalu.

Bagaimanapun, menurut jurutera kawalan penerbangan, Munir Jojo-Verge, cabaran terbesar juruterbang pesawat itu adalah untuk memastikan ia mampu menempuh angin kuat dan cuaca yang ekstrem lain.




Bintang Realiti Bawa Pulang Cebisan Tengkorak Sendiri









Jamie Hilton

Jamie Hilton

London: Seorang watak sampingan dalam siri realiti Britain, The Only Way Is Essex pulang dari melancong di Thailand bersama cebisan tengkorak dalam satu daripada bagasinya, lapor media semalam.

Lee Charie, 32, terjatuh dari balkoni ketika bercuti di Pulau Koh Tao menyebabkan kepalanya terhantuk kuat.

Akibat hentakan dari ketinggian hampir tujuh meter itu, satu pertiga daripada tengkorak Charie terpaksa dibuang bagi mengurangkan tekanan ke atas otak, sekali gus menyelamatkan nyawanya.

Walaupun doktor tidak yakin Charie mampu bertahan, dia keluar daripada keadaan kritikal dua hari kemudian dan menjalani rawatan rapi.

Kini, Charie yang masih dalam proses belajar berjalan pulang ke Britain bersama cebisan tengkoraknya.

Kata Charie, dia berharap tengkorak dipotong itu boleh dijadikan acuan membentuk kepingan logam sebelum dipasang di kepalanya. Kata Charie, dia kini dirawat di Hospital Addenbrooke di Cambridge.

“Apabila kepala saya sembuh lebih lanjut, doktor akan cuba memulihkan semula tengkorak saya,” katanya. - TS





Ketagih bulu kucing

Foto
LISA makan bulu kucing sejak 15 tahun lalu.


Foto
LISA menjilat haiwan peliharaannya.

Detroit: Apabila menyentuh mengenai tabiat pelik, seorang wanita, Lisa, 43, dari Detroit, Michigan tidak dinafikan memang seorang yang aneh.

Dia mengakui gemar memakan bulu kucing dan menelan tiga perempat bebola bulu kucing sehari.

Dia sudah memakan lebih 3,200 bebola kucing sejak ketagihannya itu bermula sejak 15 tahun lalu.

“Saya ketagih makan bulu kucing,” katanya dalam musim baru program TLC My Strange Addiction. Kisah Lisa adalah satu daripada banyak siri yang sangat pelik dalam musim keempat rancangan popular itu yang akan mula ditayangkan pada 13 Februari depan. Lisa menyediakan pilihan snek aneh itu dengan mengumpulkan bulu kucing dari sekitar apartmen tempat tinggalnya termasuk di lantai dan di belakang sofa, tetapi mengatakan “bulu paling sedap ialah daripada tubuh kucing itu sendiri.” Dia memanjakan haiwan peliharaannya itu dengan lidahnya seperti ibu kucing memanjakan anaknya serta menjelaskan dia tidak menjilat punggung atau celah kuku kaki haiwan itu. Lisa mula menjamah hidangan bulu kucing sebagai cara untuk lebih dekat dengan haiwan peliharaannya itu dan menggelarnya ‘ikatan mesra’. Dia juga berkata bulu kucing amat menenangkan.

Sementara kebanyakan daripada kita tidak boleh menerima walaupun seurat bulu anjing, Lisa ketagih ingin menikmati bulu kucing setiap dua jam.

Dia juga menjelaskan proses ketika mengulum bebola bulu kucing seperti sedang mengulum gula-gula getah.

“Saya akan mencuitnya sedikit dan memasukkan ke dalam mulut. Saya kunyahnya sebentar, mengeluarkannya semula dan memasukkan kembali ke dalam mulut,” katanya. - Daily Mail



Kura-kura ditemui semula selepas 30 tahun

Manuela


Manuela dipercayai bergantung hidup dengan memakan anai-anai di stor rumah itu.


RIO DE JANEIRO - Seekor kura-kura ditemui semula di dalam bilik stor sebuah rumah di Rio de Janeiro selepas lebih tiga dekad.

Pemilik haiwan peliharaan digelar Manuela itu memberitahu, kali terakhir haiwan tersebut dilihat adalah sebelum rumah mereka diubah suai pada tahun 1982.

"Kami masih tertanya bagaimana Manuela masih hidup selepas 'terkurung' lebih tiga puluh tahun tanpa makanan dan air," kata Lenita Almeida.

Sementara itu, veterinar, Jeferson Pires menjelaskan spesies kura-kura berkaki merah tersebut sememangnya boleh bertahan tanpa makanan untuk tempoh lama. - MailOnline


Ayam miliki 10 jari kaki

Ayam miliki 10 jari kaki
Ayam miliki 10 jari kaki


KUALA PILAH – Pelik dan unik. Itulah yang dapat digambarkan kepada seekor ayam berusia sebulan yang mempunyai 10 jari kaki.

Pemilik ayam tersebut, Maimon Mohd Zain, 45, berkata, pada awalnya, dia tidak sedar terdapat keganjilan pada kaki ayam betina itu.

“Namun, akibat sering membelai ayam berkenaan, barulah saya perasan ia memiliki lebih dari empat jari pada kedua-dua kakinya.

“Lebihan jari kakinya berada di bahagian belakang dan jika diamati memang tidak perasan sangat. Ayam betina ini memang sangat jinak, ke mana saya pergi, memang akan ikut dan seolah-olah memahami saya tuannya,” katanya ditemui di rumahnya dekat  Kampung Kabong, Inas, di sini.

Maimon berkata, anak ayam itu dibeli daripada peniaga di Senaling dengan harga RM2.70 seekor.

“Kini saya sudah ada 50 ekor ayam dan lebih 10 ekor ternakan itik. Saya memang minat kepada bidang ternakan,” katanya.

Maimon berkata, dia juga memiliki seekor itik nila yang unik kerana menetas 18 biji telur secara serentak.

“Jarang hendak jumpa, seekor itik menetas dalam jumlah telur yang banyak. Saya memang terkejut apabila lihat 18 biji telur pada masa yang sama.

“Mungkin ini rezeki saya, syukur kepada ALLAH kerana menambah pendapatan saya dan setiap kejadian ada hikmah-Nya,” katanya.


sumber