http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Kapal, pedang ditemui selepas 1,000 tahun ditanam

PEDANG milik seorang panglima perang Viking yang ditemui di Ardnamurchan, Scotland.


ARDNAMURCHAN, Britain - Beberapa ahli arkeologi menemui sebuah makam berusia 1,000 tahun yang menyimpan mayat seorang panglima perang bangsa Viking, lapor sebuah akhbar semalam.

Mayat tersebut disimpan dalam sebuah perahu sepanjang 17 kaki bersama pedang miliknya, kepala kapak dan sebuah cawan tanduk.

Penemuan tersebut dibuat di kawasan pedalaman tanah tinggi di Ardnamurchan, Scotland.
Ia merupakan makam Viking pertama di Britain yang ditemui dalam keadaan sempurna.

Berasal dari rantau Scandinavia merangkumi Denmark, Norway dan Sweden, bangsa Viking merupakan pelaut handal yang menjelajah ke seluruh Eropah sekitar abad kelapan. - Agensi

Motosikal guna najis manusia

GAMBAR yang disiarkan di laman YouTube menunjukkan sebuah motosikal menggunakan najis manusia di Jepun.

TOKYO - Sebuah motosikal di Jepun menggunakan najis manusia sebagai sumber kuasa.
Ia yang dinamakan Motosikal Tandas Neo, dibina oleh firma tandas, Toto, dalam usaha membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam tahun.

Dilengkapi tandas modifikasi dan makmal bergerak untuk memproses najis, kenderaan beroda tiga itu boleh bergerak selaju 80 kilometer (km) sejam.

Jika semua itu tidak cukup canggih, motosikal berkenaan juga boleh bercakap dan menulis mesej di udara dengan menggunakan sistem pengimejan cahaya.

Ia kini dipandu uji dalam sesi jelajah sejauh 960km di Jepun dan dijadualkan tiba di Tokyo pada 2 November ini.

Pada awal tahun ini, seorang lelaki melakukan perjalanan sejauh 20,000km mengelilingi Australia dengan menaiki sebuah motosikal berkuasa lemak ikan dan jejari kentang. - Agensi






Drebar teksi jadi mumia

MAYAT Billis yang sudah diawet menjadi mumia.
MAYAT Billis yang sudah diawet menjadi mumia.


LONDON: Seorang memerintah kerajaan yang besar dari istananya di tebing Sungai Nil. Manakala, seorang lagi menguasai jalan raya sebagai pemandu teksi di Torquay.

Walaupun kehidupan dua individu berkenaan berbeza dan dipisahkan oleh jarak ribuan tahun, namun Raja Tutankhamun dan Alan Billis mempunyai persamaan dalam satu perkara utama. Billis yang sudah meninggal dunia adalah lelaki pertama yang diawet menjadi mumia mengikut cara penduduk Mesir kira-kira 3,000 tahun lalu. 

Menggunakan teknik yang mengawet mayat Tutankhamun selepas kematiannya pada 1323 SM, saintis mengawet lelaki berusia 61 tahun terbabit ekoran kematiannya akibat kanser paru-paru.

Billis yang gemar menonton dokumentari bersetuju supaya tubuhnya diawet selepas menyaksikan iklan syarikat televisyen yang berhasrat merakam proses pengawetan itu. Isterinya, Janet, 68, memberitahu suaminya berkata: “Saya baru menghubungi seseorang mengenai proses pengawetan mayat. “Saya terkejut kerana ia sesuatu yang dijangka akan dilakukan oleh Billis,” katanya.

Bagaimanapun, Janet dan tiga anak mereka merestui keputusan Billis dan hasilnya: - Proses Mumia Alan: Rahsia Terakhir Mesir - dijangka ditayangkan pada Saluran 4, Isnin ini.

Billis yang digelar Tutankhamun Torquay menjelaskan keputusan luar biasanya itu dalam dokumentari berkenaan sambil berkata: “Manusia menyerahkan tubuh mereka kepada sains sejak bertahun-tahun lamanya dan jika mereka tidak menawarkan diri untuk kajian tiada penemuan dapat diperoleh,” katanya. 

Sejak beberapa bulan ekoran kematiannya Januari lalu, organ dalaman Billis diambil dan disimpan di dalam balang kecuali otak dan jantungnya. Kulitnya dilumur dengan campuran minyak serta resin dan dimandikan dengan natron, sejenis garam ditemui di dasar sungai kering di Mesir.

Selepas sebulan berada dalam tangki kaca di Pusat Perubatan di Sheffield yang menempatkan rumah mayat di bandar raya itu, mayatnya dikeluarkan, diletakkan di kamar kering serta dibalut dengan kain.

Dr Stephen Buckley dari Universiti York yang membantu melakukan penyelidikan mengenai teknik pengawetan mumia sebelum program itu berkata, mayat Billis kini dapat bertahan hingga beberapa milenium lagi.

CALIFORNIA: Seorang nelayan menemui seekor jerung bermata satu di tengah-tengah muka haiwan itu.

Janin anak jerung yang bersifat albino itu dikeluarkan dari perut ibu jerung yang ditangkap di Teluk California pada musim panas lalu. Jerung bermata satu itu semakin terkenal sejak Pisces Fleet Sportfishing menerbitkan gambarnya Julai lalu, meningkatkan khabar angin mendakwa mungkin ia adalah palsu.

Bagaimanapun menurut laporan MSNBC, penyelidik yang memeriksa haiwan itu berkata ia adalah asli walaupun sukar baginya untuk terus hidup selepas dilahirkan. Pakar ikan jerung, Felipe Galvan Magana dari Centro Interdisciplinario de Ciencias del Mar di Mexico berkata: “Spesies itu memang jarang ditemui. Setakat yang saya tahu, kurang daripada 50 contoh spesies tidak normal seperti itu sudah direkodkan.”

Salun cuci telinga di Tokyo


TELINGA seorang pelanggan lelaki dicuci oleh seorang gadis yang memakai kimono di salun Yamamoto Mimikakiten, Akihabara 



TOKYO - Salun-salun yang menawarkan perkhidmatan gadis-gadis mencuci telinga pelanggan kembali popular di Jepun selepas kerajaan membenarkan mereka yang tidak mempunyai latihan perubatan turut menawarkan perkhidmatan itu.
Salun Yamamoto Mimikakiten di sini mendapat sambutan hangat dengan pelanggan membayar AS$35 (RM108.64) untuk sesi selama setengah jam.
Pelanggan di salun Yamamoto akan baring di riba wanita cantik yang berpakaian tradisi kimono dan akan mencuci organ tersebut sambil berbual mesra.
"Saya datang ke tempat ini untuk menenangkan fikiran. Isteri saya ada juga membersihkan telinga saya tetapi suasana di sini berbeza," kata seorang pelanggan lelaki salun berkenaan, Takahisa Kobayashi.
Perkhidmatan yang diberikan, kata Kobayashi, membuatkan dia terkenangkan cara ibunya mencuci telinganya dengan lembut di zaman kanak-kanak.
Pengurus salun itu, Satoru Takahashi berkata, hanya lima peratus pelanggan adalah wanita manakala bakinya ialah lelaki.
Satu notis pemberitahuan di meja penyambut tetamu menyatakan salun itu tidak menawarkan perkhidmatan seks.
Salun itu mempunyai laman webnya iaitu www.yamamotomimikaki.com/index.php bagi menunjukkan hambar-gambar gadis yang bekerja mencuci telinga.
Terdapat juga salun lain yang menawarkan gadis memakai pakaian seperti amah untuk mencuci telingan para pelanggan. - AFP

Gambar-gambar Haiwan kacukan yang pelik

Zebroid = Zebra + Equine

Grizzly Polar = Polar Bear + Brown Bear

Leopon = Leopard + Lion


Liger = Lion + Tiger

Savannah = Serval + Domestic Cat

Toast of Botswana = Sheep + Goat

 Hybrid Pheasant = Golden + Amherst Pheasant

Blood parrot = Midas Cichild + Red Devil fish


Cama = Camel + Llama

Ikan Jerung bermata satu Albino Cyclop











CALIFORNIA: Seorang nelayan menemui seekor jerung bermata satu di tengah-tengah muka haiwan itu.

Seekor ikan jerung Cyclops versi Albino yang merupakan species ikan yang jarang ditemui telah ditangkap di Mexico. Ikan ini mempunyai 22 inci panjang dengan satu mata di depan. Mata ini dipanggil 'cyclopia' yang memberi nama kepada species ikan jerung ini.

Janin anak jerung yang bersifat albino itu dikeluarkan dari perut ibu jerung yang ditangkap di Teluk California pada musim panas lalu. Jerung bermata satu itu semakin terkenal sejak Pisces Fleet Sportfishing menerbitkan gambarnya Julai lalu, meningkatkan khabar angin mendakwa mungkin ia adalah palsu.


Bagaimanapun menurut laporan MSNBC, penyelidik yang memeriksa haiwan itu berkata ia adalah asli walaupun sukar baginya untuk terus hidup selepas dilahirkan. 

Pakar ikan jerung, Felipe Galvan Magana dari Centro Interdisciplinario de Ciencias del Mar di Mexico berkata: “Spesies itu memang jarang ditemui. Setakat yang saya tahu, kurang daripada 50 contoh spesies tidak normal seperti itu sudah direkodkan.”



Guna anjing kesan anai-anai

SEEKOR anjing pengesan cuba mengesan kehadiran anai-anai di sebatang tiang di Istana Kyeongbok, Korea Selatan.

SEOUL - Sebuah jabatan pentadbiran di Korea Selatan menggunakan kaedah unik dan berkesan untuk menjejaki anai-anai iaitu dengan menggunakan anjing pengesan.
Bagi tujuan tersebut, Pentadbiran Warisan Budaya Korea Selatan menggunakan tiga ekor anjing baka spaniel yang berasal dari Britain.
"Anjing-anjing ini jauh lebih hebat berbanding kaedah-kedah lain. Haiwan ini dapat mengesan anai-anai dengan amat tepat," kata seorang pakar di jabatan Pentadbiran Warisan Budaya, Jang Young-Ki.
Menurutnya, setakat ini, pihaknya menggunakan khidmat tiga ekor anjing yang diberi nama Bobae, Woori dan Boram.
Khidmat haiwan itu digunakan untuk mengesan anai-anai yang mengancam istana dan kuil bersejarah di Korea Selatan. Kebanyakan bangunan tersebut dibuat daripada kayu.
"Baru-baru ini, Bobae berjaya mengesan anai-anai pada sebatang tiang istana Gyeongbokgung yang sebelum ini gagal dikesan," katanya. - AFP