Kait pakaian guna rambut

Foto
XIANG memakai baju sejuk dan topi yang dikait menggunakan rambutnya. 



Beijing: Seorang pesara guru yang tinggal di Chongqing menghabiskan 11 tahun mengait baju sejuk dan topi yang diperbuat daripada rambutnya sendiri.

Ia sebahagian daripada usaha menyimpan kenangan zaman mudanya. 

Menurut laporan media tempatan, wanita bernama Xiang, 60, itu mengumpul kira-kira 110,000 helai rambutnya yang gugur sejak berusia 34 tahun sebelum mengait baju sejuk seberat 382 gram. 

Dia turut mengait sehelai topi seberat 119 gram untuk suaminya.

Xiang berkata, dia menyimpan semua rambutnya yang melekat di sikat setiap hari dan mula menggunakan rambut itu untuk mengait pada 2003.

Setiap helai rambut yang dikaitnya sepanjang 70 hingga 80 sentimeter, manakala 15 helai rambut digunakan untuk membuat satu gumpalan benang bulu. 

“Kaedah ini tidak sukar dilakukan. Rahsianya ialah kesabaran dan kesungguhan,” katanya.

Xiang juga ingin mengambil bahagian dalam rancangan “China’s Got Talent” bagi mempamerkan hasil baju sejuk yang siap dikaitnya.- Agensi


Kek berbentuk seperti kanak-kanak

ALFIE ROSE (kiri) bergambar bersama replika kek yang menyerupai dirinya.




BIRMINGHAM - Seorang pembuat kek, Lara Clarke telah menghasilkan kek luar biasa yang berbentuk seorang kanak-kanak, lapor akhbar Birmingham Mail kelmarin.


Dia dengan menggunakan campuran coklat dan krim mentega untuk membuat kek seberat 13 kilogram itu yang ditempah oleh seorang pelanggan.

Pelanggan itu, Chantelle Rose begitu teruja apabila melihat kek yang telah siap itu menyerupai anak lelakinya, Alfie Rose.

Dia membayar sebanyak AS$660 (RM2,200) kepada Clarke untuk menghasilkan kek tersebut.

Kek itu dibuat bagi meraikan ulang tahun keempat anaknya itu.

Clarke menghasilkan kek itu selama 15 jam. - Agensi

Fosil Tumbuhan Kuno Luar Biasa Ditemui Di Hulu Besut





BESUT: Fosil tumbuhan kuno luar biasa yang dianggarkan berusia antara 270 hingga 350 juta tahun ditemui sekumpulan pengkaji bumi di satu kawasan bukit berhampiran projek pembinaan Ampangan Paya Peda, Hulu Besut. 

Penemuan serpihan fosil tumbuhan kuno yang direkodkan setakat ini ialah daripada tujuh genus membabitkan bahagian daun, bunga, akar, buah dan batang yang terawet di bumi Paya Peda sedalam kira-kira 150 meter sebelum ditemui baru-baru ini. 


Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Datuk Yunus Abd Razak yang menganggapnya sebagai kejayaan istimewa, berkata penemuan itu adalah satu sejarah baharu yang amat penting kerana ia dapat menentukan usia negara ini di samping kaitannya dengan kewujudan negara di Asia sebelumnya. 

Katanya, penemuan yang begitu penting kepada ahli geologi di Malaysia itu menunjukkan bukti kukuh bahawa sebahagian timur Semenanjung Malaysia, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Selatan China dahulunya adalah satu benua dinamakan Cathaysian. 

Jelasnya, fosil tumbuhan kuno itu mula ditemui oleh seorang pembantu jurutera kaji tanah sebuah syarikat perunding yang melakukan kerja tanah di tapak Ampangan Paya Peda pada awal 2012 sebelum beliau melaporkannya kepada JMG. 

“Pegawai JMG yang membuat siasatan mengesahkan penemuan fosil tumbuhan berkenaan sebagai genus tumbuhan purba yang kini sudah pun pupus dari permukaan bumi negara,” katanya kepada pemberita semasa melakukan lawatan ke lokasi penemuan bersama pegawai dan juga anggota media di sini semalam. 

Turut sama dalam lawatan itu ialah pakar kaji bumi dan juga pakar fosil, Profesor Shafeea Leman dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Pengarah JMG Terengganu, Mohd Zukree Abd Ghani serta pegawai kanan dari JMG Terengganu dan Kelantan. 
Antara genus yang ditemui setakat ini ialah jenis dedaun yang dikenali dengan nama saintifiknya Pecopteris, Tinggia, Lepidodendron, Sigillaria, Sphenophyllum, Neurotepris dan Cordaites selain bahagian bunga atau organ pembiakan dikenali sebagai Lepidostrobos, bahagian akar (Stigmaria) dan batang (Artisia horizontallis). 

Yunus percaya ada lebih banyak lagi jenis tumbuhan yang bakal ditemui apabila pihaknya menjalankan kerja-kerja menggali dengan lebih giat di tapak berkenaan dan kawasan sekitarnya kelak. 

Dengan penemuan itu, JMG akan mengambil langkah awal mewartakan kawasan itu di samping memagarnya bagi mengelakkan ia dirosakkan. 

Katanya JMG akan bekerja dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bagi memastikan setiap kerja berkaitan penerokaan fosil tumbuhan kuno ini dapat diteruskan dan tidak tergendala. 

Yunus berkata, sehingga kini Terengganu merekodkan 23 lokasi sebagai sumber warisan geologi di mana dua daripadanya diberikan penataran luar biasa iaitu di Bukit Keluang dan Bukit Bewah tetapi penemuan di Paya Peda lebih istemewa kerana wujudnya kepelbagaian genus fosil tumbuhannya. 

Berbanding dengan beberapa kawasan lain yang pernah ditemui fosil tumbuhan kuno sebelum ini seperti di Gunung Panti, Johor, Gunung Gagau, di sempadan Kelantan, Terengganu dan Pahang, fosil yang terdapat di Paya Peda dianggap yang asli kerana ia tumbuh dan berasal dari kawasan itu dan bukan dipindahkan dari tempat lain. 

Katanya, kajian pihaknya mendapati kawasan Paya Peda pada satu ketika dahulu adalah kawasan paya rendah yang akhirnya menjadi berlapis-lapis dengan keadaan tanah yang tinggi dan rendah ekoran proses pemampatan. 

Beliau berharap kawasan itu terpelihara dan boleh dijadikan sebagai kawasan kajian oleh pengkaji bumi dari seluruh dunia dan untuk dilawati kanak-kanak sekolah dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Nelayan tangkap sotong gergasi

Nelayan tangkap sotong gergasi



SEKUMPULAN nelayan Jepun dapat menangkap sotong gergasi sepanjang 3.4 meter di perairan barat negara itu, kelmarin.

Difahamkan, hidupan laut seberat 100 kilogram itu masih hidup ketika ditangkap di perairan wilayah Tottori tetapi mati sebelum bot nelayan tiba di daratan.

Menurut laporan AP, sotong gergasi berkenaan dipercayai cedera kerana dua daripada sesungut panjangnya didapati hilang.

Ketibaan sotong itu menjadi tumpuan penduduk dan media tempatan.

Kebanyakan mereka membayangkan, jumlah sajian yang boleh dihidangkan jika sotong itu dipotong menjadi sashimi.

Bagaimanapun, kandungan ammonia yang tinggi dalam sotong itu dikatakan akan menjejaskan rasa enaknya.

Sotong itu dianggarkan boleh mencecah lapan meter panjang jika sesungutnya masih ada dan dipercayai berada di kawasan perairan sedalam antara 300 hingga 1,500 meter di dasar laut. 

Gumpalan rambut dalam perut kanak-kanak

Foto




Beijing: Doktor berjaya mengeluarkan gumpalan rambut yang memenuhi hampir 70 peratus perut seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di China.

Ibu kanak-kanak terbabit mendapatkan rawatan doktor setelah berat badan kanak-kanak berkenaan semakin susut dan rambutnya mulai gugur. 


Selepas menjalani imbasan CT, doktor mengesan sesuatu yang berukuran hampir satu kaki. 

Setelah pembedahan dijalankan, doktor dan ibu mangsa terkejut apabila mendapati gumpalan besar rambut di dalam perut kanak-kanak terbabit.

Ibu mangsa berkata, dia tidak menyangka perbuatan anaknya yang suka memasukkan rambut ke dalam mulut boleh mengakibatkan perkara berkenaan.


Sementara itu, doktor turut menjalankan satu ujian mental terhadap kanak-kanak berkenaan bagi mengesan punca dia gemar memakan rambut, habuk serta barangan pelik yang lain. - Agensi

Bayi robot buat pejalan kaki di New York ketakutan

WAJAH bayi robot.


NEW YORK - Satu bayi robot yang dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh yang diletakkan di dalam sebuah kereta sorong telah membuatkan beberapa orang pejalan kaki berasa terkejut dan takut di sini, lapor akhbar New York Daily News semalam.

Bayi itu akan mengeluarkan suara termasuk muntah apabila terdapat seseorang yang mendekati serta memeriksa kereta sorong tersebut.

Kereta sorong itu diletakkan di laluan pejalan kaki di sini.

Rakaman video yang menunjukkan reaksi takut beberapa orang yang mendekati kereta sorong berkenaan telah disiarkan di laman YouTube.

Tujuan bayi robot itu yang menakutkan orang ramai itu dibuat sebenarnya adalah bagi mempromosikan filem Devil's Due yang akan ditayangkan Jumaat ini. - Agensi


Tak mandi 60 tahun

Tak mandi 60 tahun



FARS - IRAN. Seorang lelaki warga Iran dipercayai tidak pernah mandi sejak 60 tahun lalu kerana percaya ‘kebersihan itu sebagai punca penyakit’.

Haji, 80, dari Dejgah, berang jika beliau terkena air.

Keadaan itu menyebabkan kulitnya menyamai warna tanah dan berkerak.

Penduduk berkata, Haji lebih suka memakan daging landak busuk dan meminum 5 liter air sehari dari air takungan bekas karat.

“Dia mengisi rokok dengan najis haiwan,” katanya.

Menurutnya lagi, Haji tinggal di ‘rumah’ dalam lubang tanah seperti kubur.

"Haji mengalami tekanan emosi hingga membuatkan dia memilih cara kehidupan seperti itu,” katanya yang dipetik  TNews

Kupu-kupu berwajah beruk

Kupu-kupu berwajah beruk
Serangga menyerupai kupu-kupu yang berwajah pelik ditemui Wan Mohd Faizal di dalam keretanya ketika pulang dari kebunnya di Kelulut.


MARANG – Seorang penjawat awam terkejut apabila menemui seekor serangga menyerupai kupu-kupu yang berwajah pelik dalam kereta selepas pulang dari kebunnya di Kelulut, dekat sini.

Wan Mohd Faizal Wan Ismail, 35, berkata, dia menyedari ada seekor serangga terbang masuk ke dalam keretanya ketika membuka pintu namun tidak mempedulikannya kerana beranggapan ia adalah seekor kupu-kupu biasa.

“Namun setelah diamati, sangkaan saya meleset apabila ia bukan kupu-kupu biasa, tapi seekor serangga pelik. Namun saiznya agak kecil.

"Walaupun tidak tahu serangga apa yang masuk dalam kereta tetapi saya yakin ia tidak berbahaya," katanya.

Kata Wan Mohd Faizal, serangga itu berwarna kelabu gelap, kelihatan seperti sehelai daun yang bergulung-gulung, manakala saiznya lebih kurang 2.5 sentimeter lebar dan 4 sentimeter.

Katanya, dia kemudiannya melepaskan serangga itu kerana bimbang ia akan mati.

Nelayan Jepun tangkap sotong gergasi

BENTUK sotong gergasi yang terperangkap di dalam pukat nelayan Jepun.


NIIGATA, Jepun - Seorang nelayan, Sigenori Goto tergamam apabila dia mendapati seekor sotong gergasi bere- nang di dalam pukatnya ketika dia menangkap ikan di luat pantai Pulau Sado, Niigata Jepun pada Rabu lalu.

Sotong gergasi seberat 150 kilogram dengan panjang 3.96 meter itu akhirnya berjaya ditangkap dengan menggunakan jaringnya tetapi ia mati tidak lama kemudian.

"Apabila saya mengangkat jaring tersebut, saya dapati sotong jantan berada di dalam jaring," katanya yang juga pertama kali melihat sotong sebesar itu kepada media tempatan.

Beberapa pegawai kemudian meng- ambil sotong jantan itu ke sebuah institut penyelidikan di Niigata untuk melakukan kajian terhadap haiwan tersebut. - Agensi




Awan aneh di luar sistem suria

Awan aneh di luar sistem suria


Imej yang dirakam teleskop Hubble menunjukkan awan aneh di dua planet luar sistem suria.

Los Angeles: Ahli kaji bintang mengesan awan aneh di atmosfera dua planet di luar sistem suria, dengan dua kertas penyelidikan menunjukkan jenis mendung di dunia asing itu mungkin sebenarnya fenomena biasa berbanding yang disangka sebelum ini.

Namun ia bukanlah awan yang sama dengan yang ada di Bumi dan besar kemungkinan terhasil daripada bahan seperti zink sulfida atau potassium klorida. 


Awan di Bumi, sebaliknya mengandungi gabungan titisan air dan ais. 


Dua pasukan penyelidik berasingan memeriksa data daripada Teleskop Angkasa Lepas Hubbel berkaitan dengan planet luar sistem suria GJ 1214b dan GJ 436b.

Terletak 42 tahun cahaya dari Bumi, GJ 1214b adalah contoh utama planet super-Bumi manakala GJ 436b pada jarak 36 tahun cahaya adalah Neptun panas.

Biasa wujud

Super-Bumi adalah planet dengan jisim antara Bumi dan Neptun manakala Neptun panas, seperti namanya, adalah versi panas planet Neptun. Ia mengekalkan orbit dekat dengan bintang tidak sampai satu unit astronomi secara kasar jarak purata dari Bumi ke matahari, atau sekitar 144 juta kilometer. 
“Kami tahu awan mesti ada untuk sebahagian planet, tetapi kini kami ada keputusan menunjukkan awan itu sebenarnya biasa wujud,” kata pakar astronomi di Institut Teknologi California di Pasadena, Heather Knutson, yang juga penulis utama kajian mengenai GJ436b kepada Space.com.

Kaji komposisi planet

Komposisi planet dikaji apabila ia melalui bintang. Apabila transit itu berlaku, molekul yang membentuk atmosfera eksoplanet itu menghalang bahagian berbeza spektra cahaya.

Dengan merakamkan seksyen mana yang membuat laluan dan yang mana tidak, pakar astronomi boleh menyimpulkan apa yang membentuk planet berkenaan. 

Bagi GJ 1214b, pemerhatian itu diketahui kerana tidak mendedahkan petanda sebarang atmosfera langsung.

Ia bermakna awan tebal menghalang cahaya atau planet berkenaan dihasilkan daripada molekul berat seperti air, dengan graviti menekan bahan itu menjadi lapisan nipis dan mampat. AGENSI

Inikah sabun termahal di dunia?




BAR sabun yang dihasilkan oleh perniagaan kendalian keluarga di Lebanon mungkin membuat anda berfikir dua kali untuk mencuci terlalu kerap.

Memetik laporan BBC, sabun itu disalut emas dan serbuk berlian.

Setiap satu bar sabun itu berharga AS$ 2,800 (RM9,200).