Planet Utarid mengandungi simpanan ais

GAMBAR menunjukkan bahagian utara planet Utarid.


WASHINGTON - Planet yang hampir dengan matahari, Utarid mengandungi simpanan ais yang banyak, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin.

Menurut seorang penyelidik NASA yang mengkaji planet itu, David Lawrence, kawasan simpanan itu sebesar Washington D.C, Amerika Syarikat dan setebal 3.2 kilometer.

Washington D.C merupakan pusat pentadbiran AS yang seluas 68.3 meter persegi.

Maklumat itu diperoleh berdasarkan data yang diperoleh daripada kapal angkasa Messenger yang mendarat di planet tersebut pada tahun lalu. - Agensi






Gambar otak Einstein didedahkan muzium AS


GAMBAR yang disiarkan pihak Muzium Kebangsaan Kesihatan dan Perubatan di Maryland menunjukkan otak Einstein.



WASHINGTON - Gambar otak saintis terkenal dunia, mendiang Albert Einstein (gambar kecil) disiarkan oleh pihak Muzium Kebangsaan Kesihatan dan Perubatan di Silver Spring, Maryland dekat sini.

Pihak muzium itu menyiarkan gambar tersebut kelmarin.

Ia merupakan gambar otak Einstein yang dirakamkan selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1955.

Beliau meninggal dunia di Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) semasa berumur 76 tahun.

Selepas kematiannya, waris saintis itu membenarkan otaknya dikeluarkan untuk tujuan kajian.

Einstein merupakan seorang pakar fizik terkenal di dunia menerusi teori relativiti Einstein.

Menurut artikel dalam jurnal Brain, permukaan visual korteks otak Einstein mempunyai lipatan tebal.

Beliau dilahirkan di Jerman tetapi kemudian menetap di AS. - Agensi





Harimau 170kg jadi sahabat

ANTARA aksi manja Mulan dengan Abdullah.

ANTARA aksi manja Mulan dengan Abdullah.


MALANG: Persahabatan dijalin sejak kira-kira empat tahun lalu membolehkan seekor harimau Benggala menjadi sahabat kepada manusia.

Haiwan liar yang dinamakan sebagai Mulan itu kini menjadi kawan akrab kepada Abdullah Sholeh.

Mulan - kini berusia empat tahun dan seberat lebih 171 kilogram - mula dijaga Abdullah sejak haiwan berkenaan berusia tiga bulan. Sejak dipelihara, hubungan Mulan dengan Abdullah semakin rapat dan kini haiwan yang lazimnya ganas dan berbahaya kepada manusia itu boleh bergurau dengan penjaganya.

Bagaimanapun, Abdullah bukanlah pemilik Mulan, sebaliknya dia cuma dibayar sebagai penjaga oleh majikannya, Noer Mohammaed Sholeh.

Mereka kini tinggal di sebuah kawasan di Malang, Indonesia.

Dikenali sebagai “pengasuh harimau” Abdullah dilaporkan sering menolak untuk tidur di katil sendiri, sebaliknya dia lebih selesa tidur bersama Mulan di kandang haiwan berkenaan. Ditanya perasaannya terhadap Mulan, Abdullah, 31, berkata dia tidak pernah takut atau bimbang terhadap harimau bertina berkenaan.

“Saya menganggap Mulan sama seperti rakan lain.

“Apabila dia menggigit atau mencakar, itu petanda Mulan seekor harimau yang normal,” katanya. - TS

Pemuda tarik trak dengan telinga

PATARAIA menarik sebuah trak dengan menggunakan tali yang diikat di telinganya di Rustavi, Georgia 


RUSTAVI, Georgia - Seorang pemuda berusia 32 tahun, Lasha Pataraia menarik sebuah trak dengan menggunakan tali yang diikat di telinganya di sini semalam.

Dia berjaya menarik trak seberat 8,250 kilogram itu sejauh 21.50 meter.

Pemuda tersebut berjaya mencipta rekod Guinness World Records ekoran usahanya itu. - Reuters



Menara condong sejak tahun 1960-an di China

BEBERAPA pelajar bermain bola keranjang di tepi 
Menara Wanshousi yang condong di Xi'an, wilayah Shaanxi kelmarin.


XI'AN, China - Menara Wanshousi di sini yang terletak berdekatan sebuah sekolah di sini condong sejak tahun 1960-an.
Ia dibina sejak zaman dinasti Ming yang memerintah pada tahun 1368 hingga 1644.
Bagaimanapun, beberapa rangka besi dipasang bagi menyokong menara itu bagi mengelak ia tumbang.
- Reuters


Pemuda Mesir miliki lengan terbesar dunia

MOUSTAFA mengangkat kedua-dua lengannya.


MILFORD, Massachusetts - Seorang pemuda berketurunan Mesir, Moustafa Ismail yang tinggal di sini dipercayai memiliki lengan paling besar di dunia.

Ukur lilit lengan Moustafa yang berusia 24 tahun itu ialah 79 sentimeter.

Pemuda itu makan tiga kilogram (kg) protein, 4.08kg karbohidrat dan minum air sebanyak 11.35 liter pada setiap hari .

Pihak Guinness World Records kini menimbang sama ada akan mengiktiraf Moustafa sebagai pemilik lengan terbesar di dunia.

"Mereka (penduduk) memanggil saya Popeye, Popeye Mesir.

"Bagaimanapun, tidak seperti watak kartun Popeye, saya suka makan ayam, daging dan apa jua makanan kecuali bayam," katanya.

Dia juga mengambil vitamin dan makanan tambahan lain.

Moustafa juga sukar untuk mencari baju yang sesuai dengan tubuhnya.

Dia mula berusaha untuk memperoleh bentuk lengan itu di bandar kelahirannya, Alexandria di Mesir sebelum berpindah ke Amerika Syarikat pada 2007 dan menetap di Franklin, barat daya Boston.

Moustafa melakukan senaman angkat berat selama dua jam hampir setiap hari.

Pemuda itu pernah mengangkat bebanan seberat 272kg.

Dia sanggup melakukan dua pekerjaan termasuk sebagai pembantu di sebuah stesen minyak untuk membiayai senamannya di sebuah pusat kecergasan dan makanannya.

Namun, isterinya meminta dia meninggalkan salah satu pekerjaan kerana menganggap suaminya itu bekerja terlalu keras.

Pihak Guinness kemudian menghubunginya dengan menawarkan pemuda itu lawatan ke London, Britain untuk muncul bersama beberapa pemegang pelbagai rekod dunia termasuk wanita paling kecil di dunia.

Moustafa memenuhi undangan itu.

Bagaimanapun, kontroversi muncul kerana terdapat dakwaan di internet bahawa dia menggunakan dadah steroid dan menanam implan pada lengannya.

Beberapa pihak lain mendakwa, dia menyuntik minyak synthol yang digunakan oleh ahli bina badan.

Dia pernah pergi ke Tokyo untuk muncul dalam program dokumentari stesen televisyen Fuji yang menunjukkan beberapa doktor mengambil sampel darah manakala ototnya turut menjalani ujian X-ray.

Doktor-doktor itu bagaimanapun tidak menemui sebarang bahan terlarang dalam tubuhnya.

Namun, pihak Guinness mengeluarkan nama Moustafa dalam laman webnya.

Jurucakap Guinness, Sara Wilcox berkata pada Oktober lalu, pihaknya masih melakukan penyelidikan dengan pakar-pakar perubatan berhubung kes Moustafa sebelum mengiktiraf lengannya. - AP


Imej lembaga lidah terjelir dirakam

Imej hantu
Musa (tengah) dan Abu Bakar(kiri) menunjukkan kedudukan imej lembaga hantu yang dirakam secara tidak sengaja. Gambar kecil: Imej lembaga didakwa hantu yang berjaya dirakam


KERIAN - Imej lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk dipercayai hantu berjaya dirakam secara tidak sengaja oleh seorang pelanggan dengan menggunakan telefon pintar di sebuah gerai makan di pekan Bagan Tiang, di sini tiga minggu lalu.

Pekerja kontrak, Musa Ibrahim, 40, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, dia bersama tiga rakannya sedang melepak dan bersembang di dalam ruangan khas gerai itu.

Menurutnya, seorang rakan bernama Rizan Shahrin Abdul Rahman, 35, bertindak merakam gambar kepala salah seorang rakan dengan menggunakan telefon pintar dimilikinya secara suka-suka dengan niat bergurau senda.

“Setelah itu, kami terus meneliti kembali beberapa keping gambar yang dirakam.

“Bagaimanapun, kami terkejut melihat kelibat kepala lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk muncul di penjuru kanan salah satu gambar diambil walaupun pemilik telefon pintar ini benar-benar yakin tidak melihat apa-apa sebelum rakaman gambar dibuat,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di Pekan Bagan Tiang di sini semalam.

Musa berkata, gempar dengan penemuan itu, mereka bertindak menemui salah seorang individu yang arif dalam bidang paranormal untuk mengesahkan imej lembaga berkenaan.

“Setelah meneliti gambar terbabit, individu itu mengesahkan imej hantu yang berkemungkinan ‘melintasi’ lokasi kejadian pada ketika itu.

"Kami memutuskan mendedahkan perkara ini melalui media setelah mendapat maklumat terdapat siri gangguan makhluk halus dialami penduduk sejak kebelakangan ini dan menggesa ada pihak sudi tampil ke hadapan menyelesaikan perkara ini,” katanya.



Ular sawa gergasi muntah semula lembu yang dibahamnya

Full: The anaconda writhes in the water with an obvious bump in his skin

Emerge: The animal then begins to emerge slowly from inside the giant snake

Grotesque: The hapless animal is regurgitated into the water

Grim: A leg emerges as more of the animal is expelled from the anaconda

Writhes: The anaconda turns in the water as it forces the animal from its body

Almost there: The anaconda is close to ridding itself of its uncomfortable meal

Exhausted: The snake begins to swim off after finally regurgitating the animal



RIO DE JANEIRO - Seekor ular sawa gergasi memuntahkan semula seekor lembu yang dibaham haiwan tersebut di sebuah hutan di Brazil, menurut beberapa laporan kelmarin.

Menurut akhbar dalam talian MailOnline, hampir 66,000 orang telah menyaksikan rakaman video ular tersebut di laman YouTube dalam tempoh dua hari.

Kejadian itu berlaku di sebatang sungai di dalam hutan tersebut.

Ular itu kemudian meninggalkan bangkai lembu tersebut selepas ia memuntahkannya. - Agensi





Durian kecil dalam sebiji durian

Durian kecil dalam sebiji durian

Durian kecil yang dijumpai dalam sebiji durian


FELDA SUNGAI KOYAN - Keriangan sebuah keluarga menikmati kelazatan buah durian terhenti seketika apabila mereka dikejutkan dengan penemuan buah durian di dalam durian terbabit.

Seorang ahli keluarga terbabit, Haniza Daud, 35, berkata, ketika itu dia sedang membelah durian terbabit dan terkejut apabila mendapati terdapat durian bersaiz kecil dalam sebiji durian.

“Sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga saya apabila menjelang musim buah-buahan kami akan membeli durian dan secara kebetulan saya membeli sebakul durian daripada seorang jiran untuk dimakan serta dijadikan tempoyak.

“Namun begitu, ketika sedang menikmatinya, saya dan ahli keluarga lain terkejut apabila terdapat durian di dalam sebiji durian yang kami beli sekali gus menimbulkan rasa pelik dalam kalangan ahli keluarga,” katanya kepada Sinar Harian.

Haniza berkata, terdapat jiran tetangga yang teruja dan ingin melihat secara dekat durian istimewa itu.

“Saya bersama ahli keluarga lain menganggap ia adalah kejadian istimewa dan luar biasa yang jarang berlaku.

“Ini menunjukkan kebesaran ALLAH SWT dan kami sekeluarga berhasrat serta bersepakat untuk menyimpan durian terbabit,” katanya



Hantu muncul dalam parti persaraan

hantu misteri

pub berhantu


Gambar hantu yang dikatakan sering mengganggu sebuah pub telah berjaya dirakam. Pelanggan tetap yang sering berkunjung ke Apsley House di Southsea, Hants, berkata ianya adalah hantu pemurah yang sering mengisi semula minuman mereka. Dia percaya bahawa hantu itu merupakan roh bekas penjaga pub tersebut. Ketika berlangsungnya parti persaraan untuk salah seorang pekerja, Paul Morgan akhirnya telah berjaya merakam gambar kelibat misteri.

Paul, 47, yang juga merupakan bapa kepada empat orang anak mengambil gambar rakannya, Gerry Goodwin. "Saya mengambil gambar menggunakan iPhone di parti bertemakan pakaian mewah tersebut. Selepas saya menangkap gambar beberapa rakan, saya melihat semula dan menyedari ada sesuatu yang aneh. Gambar tersebut saya tunjukkan pada anak saya dan mereka sukar mempercayainya"

Hantu tersebut digelar Reedy oleh pemilik pub tersebut, Paul Wicks, 51, bersempena nama pelakon lagenda terkenal Oliver Reed yang pernah berkunjung ke situ.


Rupa anak patung mirip artis Hollywood

Rupa anak patung mirip artis Hollywood
Pelukis potret artis menghasilkan fi gura Harry Potter.

Rupa anak patung mirip artis Hollywood
Anak patung mirip Harry Potter.

Rupa anak patung mirip artis Hollywood
Anak patung mirip Edward dan Bella dalam filem aksi Twilight.

SEORANG pelukis potret, Noel Cruz, mencipta satu dimensi terbaik figura sejak lapan tahun lalu, dengan mengubah wajah anak patung biasa menjadi artis Hollywood terkenal.

Cruz menyolek semula beberapa wajah anak patung menyerupai wajah selebriti terkenal seperti pasangan romantik filem sekuel Twilight (Edward Cullen dan Bella Swan), Angelina Jolie, Johnny
Deep (Kapten Jack Sparrow dalam Pirates Of The Caribbean) dan banyak lagi.

Anak kelahiran Manila, Filipina ini berkata, setiap anak patung yang dihasilkan mempunyai nilai berbeza iaitu bermula pada harga £314 (RM1,530) sehingga £2,200 (RM10,723).

"Saya juga pernah mengecat semula wajah anak-anak patung menjadi wajah penyanyi terkenal seperti Cher, pelakon utama filem sekuel Harry Potter dan Orlando Bloom," kata Cruz. - MailOnline





Misteri Pulau Sandy yang tidak ditemui

GAMBAR bertarikh 22 November lalu menunjukkan kewujudan Pulau Sandy (dalam bulatan) di peta Google di internet.

SYDNEY - Beberapa saintis Australia gagal menemui Pulau Sandy yang didakwa kewujudannya dalam beberapa peta dunia dan menerusi enjin carian peta Google.
Pulau tersebut terletak di Laut Coral, barat Pulau Australia tetapi kumpulan saintis yang dianggotai Dr. Maria Seton dari Universiti Sydney gagal menemuinya selepas melakukan misi untuk mencarinya dengan menggunakan sebuah kapal.
Menurut Seton, atlas The Times Atlas of the World menamakan pulau tersebut sebagai Pulau Sable.
Peta cuaca yang digunakan sebuah kapal penyelidikan maritim Australia, Southern Surveyor turut menyatakan kewujudannya.
"Kami mahu memeriksa kewujudannya kerana carta pelayaran di atas kapal menyatakan air di kawasan pulau tersebut sedalam 1,400 meter yang dianggap 'amat dalam'.
"Pulau tersebut juga terdapat dalam peta Google dan lain-lain peta menyebabkan kami mahu memeriksa (kewujudannya) namun, tiada pulau di kawasan itu.
"Kami amat bingung," kata Seton selepas misi pelayaran selama 25 hari itu. - Agensi




Wajah manusia pada pokok

Wajah manusia pada pokok
Dahan pokok melaka kijang ditanam di rumah Abdullah di Jalan Ayah De kelihatan seperti wajah manusia (dahan tengah)


Wajah manusia pada pokok
Abdullah menunjukkan imej wajah manusia pada dahan pokok yang dirakam menggunakan telefon bimbit.

Wajah manusia pada dahan pokok kayu hutan yang dikatakan dapat mengubati penyakit kencing manis itu juga agak menakutkan dan keunikannya disedari Abdullah Ali, 57, ketika berehat di pekarangan rumahnya.

“Saya terus memanggil anak yang lain untuk sama-sama melihat wajah dahan pokok berkenaan yang pelik dan menakutkan tetapi menarik,” kata nelayan 10 anak itu ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Jalan Ayah De, di sini, semalam.

Abdullah berkata, salah seorang anaknya juga merakam wajah pada dahan pokok itu menggunakan telefon bimbit dan ia kelihatan lebih jelas berbanding melihatnya secara langsung.

Menurutnya, nama pokok melaka kijang itu hanya diketahui selepas dia berjumpa seorang pengamal perubatan tradisional yang juga kenalan lamanya di kampung berhampiran untuk mengetahui jenis dan kegunaan pokok itu secara terperinci.

“Saya tanam pokok ini kira-kira empat tahun lalu dan ketika itu, saya hanya mengetahui pokok ini dapat dijadikan ubat untuk mengubati penyakit kencing manis tetapi saya tidak mengetahui jenis pokok sehinggalah diberitahu rakan,” katanya.

Abdullah berkata, mungkin ada rahsia di sebalik kejadian itu namun dia tidak mahu masyarakat terlalu taksub dan menganggap dahan pokok berwajah manusia berkenaan mampu mengubati penyakit atau berpenunggu serta sebagainya.

“Saya juga akan terus menjaga pokok ini yang mungkin berguna satu hari nanti,” katanya.

Kejadian itu adalah yang kedua berlaku di daerah ini selepas dua sahabat di Kampung Kijing turut mengalami pe-ngalaman sama apabila mereka melihat seraut wajah muncul pada batang pokok tembesu, Mei lalu.

Dua rakan yang juga nelayan itu terkejut apabila seraut wajah manusia lengkap dengan mata, hidung dan mulut muncul pada batang pokok tembesu yang ditebang mereka di kampung itu pada 31 Mei dan disiarkan Sinar Harian 1 Jun lalu.

Seorang daripada mereka, Mohammad Sulaiman, 61, berkata, selama ini dia tidak pernah perasan wajah manusia pada batang pokok tembesu di tepi rumahnya itu sehinggalah diberitahu anaknya, lalu melaporkan kejadian itu kepada Sinar Harian.



Datuk popular selepas peraga fesyen wanita

GAMBAR butik Yuekou menunjukkan Xianping memperagakan koleksi fesyen cucu perempuannya di Guangzhou, selatan China.


GUANGZHOU - Seorang datuk di China menjadi popular sekelip mata selepas gambar-gambarnya memperagakan pakaian wanita disiar di Internet, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Pada mulanya, lelaki berusia 72 tahun itu, Liu Xianping, bergambar dengan memakai pakaian koleksi butik atas talian Yuekou milik cucu perempuannya sebagai bahan jenaka.

Namun, selepas cucunya memuat naik gambar-gambar itu di Internet, mereka tidak menyangka imej tersebut menjadi popular dalam masa semalaman.

Gambar-gambar itu kemudian menjadi bahan publisiti yang berjaya, sekali gus meningkatkan jualan koleksi butik Yuekou sebanyak lima kali ganda.

Butik tersebut beribu pejabat di sini dalam wilayah Guangdong, selatan China.

Menurut akhbar tempatan, China Newsweek, wanita berkenaan memberitahu bahawa idea untuk memperagakan fesyen wanita itu datang daripada datuknya.

"Dia mengambil sehelai pakaian dan mencubanya untuk memberi tunjuk ajar mengenai suai dan padan," kata cucu perempuan Xianping.

"Kami anggap aksinya lucu dan terus merakamnya," tambah wanita itu. - Agensi


Mumia anjing ditemui di Mexico

RANGKA mumia anjing ini dipercayai yang pertama ditemui di Mexico

BANDAR MEXICO - Rangka seekor mumia anjing yang dipercayai berusia kira-kira 1,000 tahun ditemui di Cueva de la Candelaria, Coahuila pada 12 November lalu di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Mumia tersebut merupakan satu-satunya artifak seumpamanya yang ditemui di sini.

Ia dijangka menjalani beberapa kajian seperti radiografi dan analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico (INAH) untuk dipulihkan.

Seorang pakar arkeologi INAH, Isaac Aquino Toledo berkata, ia merupakan salah satu daripada beberapa spesimen mumia anjing yang ditemui di dunia. Mumia anjing biasanya ditemui di Mesir dan Peru.

Spesimen itu akan disimpan bersama-sama dengan 2,500 bahan arkeologi lain yang ditemui pada tahun 1953.

Penemuan itu menguatkan lagi pendapat bahawa anjing ditanam bersama-sama tuannya dalam pengebumian orang nomad di rantau ini.

Beberapa objek lain yang ditemui bersama anjing mumia tersebut ialah tekstil, anyaman rotan, kayu, artifak tulang serta 200 rangka tulang manusia. - Reuters


Lelaki enggan jual 'batu burung Ababil'








Riyadh: Seorang lelaki ditawarkan AS$4 juta (RM12 juta) untuk membeli batu hitam disebut di dalam al-Quran yang ditemui ketika memburu di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Yaman. 

Saleh Musfer Al Gamdi berkata, batu itu yang memaparkan lukisan burung dan gajah, seberat 131 gram, sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil. 








Misteri lantai garaj panas

Misteri lantai garaj panas

Hanya beberapa minit air yang dijirus Abdul Rahman sudah mula beransur kering.




SEREMBAN -  “Saya dan isteri cuba buat eksperimen dengan menumpahkan air satu jag di atas lantai. Memang mengejutkan kerana lantai itu kering dalam masa beberapa minit sahaja," kata Abdul Rahman Gumpal, 71, yang dibelenggu misteri apabila lantai garaj rumahnya secara 
tiba-tiba menjadi panas.

Menurutnya, kejadian itu hanya disedari berlaku jam 9 malam kelmarin ketika dia dan isterinya pulang ke rumah selepas menunaikan solat di masjid.

“Ketika memijak kaki di lantai garaj, saya menyedari ia panas luar biasa. Jadi, saya memanggil isteri untuk memberitahu kejadian itu dan dia juga turut terkejut dengan apa yang berlaku.

“Tapi yang menghairankan kesan panas hanya dirasai di satu tempat berhampiran pintu masuk rumah sahaja dan bukannya di keseluruhan kawasan garaj,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Abdul Rahman, dia kemudian meminta rakannya untuk mengenal pasti punca kejadian itu kerana berkemungkinan membabitkan kabel di dalam tanah.

Bagaimanapun rakannya mencadangkan agar dia menghubungi pihak bomba sahaja bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Saya menghubungi Balai Bomba Senawang dan pegawainya datang membuat pemeriksaan. Tapi mereka sendiri berasa pelik dengan kejadian 

itu dan menyerahkannya kepada Jabatan Mineral dan Geosains negeriuntuk siasatan lanjut.

“Kejadian ini memang menakutkan saya dan isteri kerana hampir 30 tahun mendiami rumah ini, inilah pertama kali berlaku,” katanya.

Abdul Rahman yang merupakan pesara tentera berkata, apa yang membimbangkannya ialah kesan panas terbabit mula merebak ke tempat lain.

Katanya, dia dan isteri bimbang untuk memijak lantai itu kerana takut ia emletup disebabkan tekanan dalam tanah.

“Malam semalam (kelmarin) hanya di kawasan garaj rasa panasnya, tapi sekarang sudah merebak ke bahagian pintu.

“Ada rakan saya cakap mungkin buatan sihir, tapi saya tidak fikir macam itu kerana saya tidak mempunyai musuh,” katanya.

Menurutnya, kejadian pelik seumpama itu bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini air dalam lubang tandas rumahnya secara tiba-tiba 

‘menggelegak’ sehingga mengeluarkan bunyi.

Abdul Rahman berkata, kejadian itu berlaku seolah-olah ada tekanan di bawah tanah rumahnya, namun ia kembali normal selepas beberapa jam.

“Saya ada membuat bacaan Yasin dan menyiram air ke atas jubin berkenaan namun tetap tidak berkesan.

“Jadi sekarang saya dan isteri hanya menunggu Jabatan Mineral dan Geosains negeri datang untuk membuat pemeriksaan. Saya cuma berharap 

kejadian misteri ini berakhir segera,” katanya.



Burung unta boleh berenang

Burung unta boleh berenang
Lensa kamera Ria sempat merakamkan pasangan burung unta ini sedang berenang


Burung unta mungkin tidak mampu terbang tetapi tahukah anda bahawa spesies ini berkebolehan untuk berenang?

Seorang pelancong berjaya merakamkan detik manis sepasang burung unta sedang berenang dalam laut di Yzerfontein, Afrika Selatan.

Ria Dickson berkata, pasangan sejoli yang berketinggian hampir 2.7 meter itu kelihatan sedang membersihkan badan masing-masing kemudian bertindak agresif apabila terserempak dengan sebuah bot nelayan.

Pakar biologi, Christoffer Johansson memberitahu, burung unta sebenarnya mampu berenang kerana bentuk rangka kaki yang mampu menolak air.

Sementara itu, pengawal Ladang Burung Unta Afrika Selatan, Dougie Bester berkata, berkemungkinan pasangan burung unta berkenaan sedang menyejukkan badan di dalam air kerana tidak tahan pada cuaca yang terlampau panas. -The Mail




Jambatan hidup dan unik

Jambatan hidup
Jambatan kayu yang membiak ini menjadi penghubung laluan yang dipisahkan sungai.

Kenapa perlu membina jambatan jika mampu menanamnya? Itu yang terjadi kepada penduduk sebuah lembah di timur laut India yang menghimpunkan kayu pokok sebagai jambatan sejak beratus tahun lalu, kemudian ia membiak menjadi jambatan unik.

Menurut penduduk, mereka begitu memerlukan jambatan sebagai penyambung jalan kerana sungai cetek dalam hutan Khasi Timur itu, akan dipenuhi air semasa musim hujan monsun sekali gus amat berbahaya untuk diharungi.

"Nenek moyang kami membuka laluan jalan kemudian menyambung batang-batang pokok yang kemudian hidup sehingga ke hari ini," katanya.

Sementara itu, sebuah jambatan konkrit baru yang dibina penduduk kampung berkenaan turut bertukar menjadi penyambung laluan yang membiak tumbuh-tumbuhan hijau seperti jambatan terdahulu. - Grindtv.com


Lelaki tangkap belut gergasi



DEVON: Seorang pengail, Andy Parker berjaya menangkap seekor belut seberat 43 kilogram di perairan Britain semalam.

Dia berjuang selama 40 minit untuk menarik naik haiwan itu ketika memancing kiar-kira 35 batu di perairan Torquay, di Devon.


Batang kailnya melendut sebaik belut berkenaan memakan umpan dan cuba untuk melarikan dirinya ke dasar laut. Parker, 42 dari Huddersfield, barat Yorks, berkata: “Ia bagaikan perlawanan tinju. Ia adalah belut terbesar yang saya pernah lihat apalagi menangkapnya.

“Kami seolah-olah tidak percaya dengan saiznya. Ia kelihatan seperti makhluk dasar laut dalam filem seram,” katanya. Parker dan rakannya menaikkan haiwan berukuran 17 kaki itu dan merakam hasil tangkapannya itu sebelum melepaskan ia semula ke laut.


“Memang sangat sukar untuk menangkapnya tetapi berbaloi akhirnya,” katanya. Rekod belut terbesar pernah ditangkap di perairan Britain adalah 60 kilogram dan ditangkap oleh Vic Evans pada 1996 di Brixham, Devon. - TS



Kembar tiga terberat di dunia

JASON memangku (dari kiri) Sidney, Jenson dan Elliot sambilrhatikan Brittany.
JASON memangku (dari kiri) Sidney, Jenson dan Elliot sambilrhatikan Brittany.

SACRAMENTO: Seorang ibu di California melahirkan tiga bayi lelaki yang mencatatkan rekod baru sebagai kembar tiga paling berat di dunia.

Jason dan Brittany Deen dari Sacramento, California, menyambut kelahiran tiga bayi lelaki mereka pada 8 November lalu.

Gabungan berat ketiga-tiga bayi itu ialah sembilan kilogram bermakna mereka mencatat rekod baru dalam Buku Rekod Dunia Guiness, menurut Sacramento Bee. Bayi sulong, Sidney adalah seberat 3.5 kilogram dan adiknya, Elliot seberat 3.3 kilogram, manakala anak bongsu Jenson mencecah 2.5 kilogram.

Pihak hospital telah merekod berat kelahiran kembar tiga itu dan kini keluarga itu telah menyerahkan dokumen berkenaan kepada Guiness untuk pengesahan.

Rekod sedia ada dipegang sepasang suami isteri dari Carolina Utara yang mempunyai kembar tiga dengan jumlah berat keseluruhan ialah 8.2 kilogram pada tahun lalu.

Brittany, 32, yang memberi makan bayi itu secara normal menghadiri kelas mingguan di Sutter Memorial’s Moms untuk mempelajari bagaimana memberikan penjagaan terbaik bayi baru lahir kepada kembar tiga miliknya.

“Menjadi ibu kepada bayi kembar tiga amat menakutkan,” katanya kepada Sacramento Bee.

“Anda dengar mengenai kesukaran dan cabarannya.

“Saya harap dengan menyaksikan saya dan mendengar pengalaman positif yang saya lalui akan memberi inspirasi kepada ibu lain agar tidak berasa takut dan membantu mereka menyedari bahawa mereka tidak sendirian,” katanya. Brittany, seorang jururawat onkologi di Pusat perubatan Universiti California Davis berazam melanjutkan tempoh kehamilan kembar tiga itu dengan sempurna.


Dia memberi perhatian khas mempelajari cara pemakanan untuk empat orang yang bermakna mengambil makanan hingga 6,000 kalori dalam sehari. - DM

Lelaki berwajah harimau ditemui mati

AVNER ditemui mati di rumahnya di Tonopah, Amerika Syarikat 


TONOPAH, Nevada - Seorang lelaki yang melakukan beberapa pembedahan muka selama beberapa tahun supaya wajahnya kelihatan mirip harimau betina ditemui mati di rumahnya di sini, lapor beberapa buah akhbar kelmarin.

Lelaki itu, Dennis Avner yang merupakan bekas anggota Tentera Laut Amerika Syarikat ditemui mati pada 5 November lalu.

Menurut portal berita The Huffington Post, Pejabat Syerif Daerah Nye mengesahkan kematiannya tetapi enggan memberikan maklumat lebih lanjut.

Punca kematiannya masih belum didedahkan tetapi terdapat spekulasi bahawa dia mungkin membunuh dirinya.

Seorang rakan Avner, Shannon Larratt menyatakan dalam laman blognya, Avner menghadapi pergolakan dalam kehidupan dan cuba membunuh dirinya ketika berusia 54 tahun baru-baru ini.

Lelaki itu melakukan pembedahan termasuk di bibir atas, telinga, menanam silikon pada pipi dan dahi, menajamkan gigi, mencacah tatu serta bertindik.

Dia merupakan penduduk suku kaum Red Indian.

"Saya merupakan seorang Huron (suku kaum Red Indian) dan mengikut tradisi lama yang mengubah diri untuk menjadi seekor harimau," kata Avner di laman webnya. - Agensi


Pertandingan janggut di Las Vegas







LAS VEGAS, Amerika Syarikat - Seorang peserta Austria, Fritz Sendlhofer memenangi pingat emas pada pertandingan janggut kategori Gerabaldi di sini pada Ahad lalu.

Dia turut memenangi Anugerah Pilihan Orang Ramai dan bonus sebanyak AS$1,000 (RM3,066).

Seorang peserta Jerman, Hans-Peter Weis memenangi pingat emas bagi kategori janggut gaya bebas. - Reuters



Seluar dalam cegah bau kentut laris


Tokyo: Seluar dalam yang didakwa dapat meneutralkan bau 'kentut' terbukti mendapat sambutan hangat dalam kalangan ahli perniagaan rajin bekerja di sini yang gemarkan idea melepaskan bau tanpa masalah.

Sebuah syarikat tekstil tempatan membangunkan rangkaian seluar dalam yang dikatakannya mencegah bauan tidak diingini. 
“Ia mengambil masa beberapa tahun untuk membangunkan seluar dalam deodoran pertama yang cukup selesa dipakai dalam kehidupan seharian malah segera menghapuskan bau busuk,” kata Nami Yoshida, seorang jurucakap syarikat Seiren yang mengeluarkan produk itu. 
Ramai orang kebanyakan seperti ahli perniagaan membelinya untuk berjumpa orang ramai setiap hari," Nami Yoshida, Jurucakap syarikat

Dapat sambutan

“Pada mulanya kami terfikir untuk menjualnya kepada mereka yang memerlukan penjagaan di rumah orang tua dan hospital. Namun amat mengejutkan kami, ramai orang kebanyakan seperti ahli perniagaan membelinya untuk berjumpa orang ramai setiap hari,” katanya.

Seluar dalam itu dikeluarkan dengan partikel seramik penyerap bau di dalam bahan gentian.

Seiren membangunkan teknologi itu selepas dihubungi seorang doktor yang mahukan sesuatu untuk menutup bau najis yang dikeluarkan mereka yang menghidap sindrom usus. 
Syarikat itu kini berkembang kepada 22 barangan, termasuk stokin yang mencegah kaki daripada berbau dan baju-t yang menutup bau ketiak. - Agensi



Berani Mati:Jurugambar ambil gambar Anaconda secara dekat

Besar: Ini Anaconda dengan kira-kira lapan meter panjang. Franco Banfi penyelam Swiss menangkap gambar pada lawatan sepuluh hari untuk Grosso Mato Sul di Brazil.







Anaconda adalah spesis ular yang tidak berbisa namun begitu mempunyai tenaga dan tubuh yang besar berbanding dari ular-ular yang lain. Ia adalah salah satu haiwan yang paling di takuti. Tapi seorang jurugambar ini sungguh berani merakamkan gambar haiwan ini secara dekat. Memang giler dan boleh menempah maut.

Franco Banfi penyelam Swiss pergi ke rantau Mato Grosso Brazil untuk merakamkan kejadian yang menakjubkan ini secara dekat, ular Anaconda yang sangat besar dalam habitat semulajadi mereka,

Imej-imej yang luar biasa menunjukkan ular yang besar 26 kaki (lapan meter) anacondas Mato Grosso di Brazil mencari mangsa.
Dirakamkan oleh penyelam berani dan peminat ular iaitu Franco Banfi, 53, yang menyertai binatang ini dalam habitat semulajadinya  dengan hanya bersenjatakan kamera.






Artifak emas abad ketiga Sebelum Masihi ditemui

MAHKOTA emas yang ditemui di sebuah makam dekat Kampung Sveshtari, Bulgaria

SOFIA - Sejumlah artifak emas pada abad ketiga Sebelum Masihi dipamerkan oleh pihak Muzium Arkeologi Bulgaria di sini kelmarin.

Antara artifak yang ditemui itu ialah patung emas berbentuk muka kuda, cincin, mahkota dan gelang emas.

Sekumpulan ahli arkeologi menemui artifak itu semasa melakukan kerja-kerja penggalian di sebuah makam dekat Kampung Sveshtari di utara negara ini pada Khamis lalu.

Artifak tersebut milik suku kaum Thrace, Getae pada akhir abad keempat atau permulaan abad ketiga Sebelum Masihi.

Menurut ketua pasukan arkeologi itu, Diana Gergova, makam tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan pemerintah Getae, Cothelas.

Dia berkata, ia kemungkinan ditanam pada satu majlis pengebumian. - Agensi


Potret kekasih Picasso berharga RM127 juta

Pablo Picasso's Nature morte aux tulipes was the top lot at Sotheby's impressionist and modern art auction in New York on Thursday.

Lukisan tahun 1932 digelar Nature morte aux tulipes, itu dijual ketika pameran Sotheby Impressionist di Manhattan.

Namun, penganjur agak terkilan kerana harga potret itu sepatutnya mencecah AS$35 juta (RM107 juta) dan AS$50 juta (RM153 juta).

Lukisan menggambarkan wajah kekasih Picasso Marie Therese Walter, sedang mengubah bunga dalam keadaan ghairah.

Potret kekasih pelukis terunggul dunia itu sering menjadi  rebutan hartawan dan peminat lukisan dunia kerana mempunyai nilai estetika tinggi. - AP


Oscar digelar kucing ganas

Oscar the cat was caught stealing food, claiming he has 'a lot of character'


BUCKINGHAMSHIRE 10 Nov. - Seekor kucing dari baka Turkish Van yang diberi nama Oscar, sangat 'ditakuti' penduduk Wingrave, di sini selepas haiwan berbulu itu pernah beberapa kali mendatangkan kecederaan kepada binatang serta manusia.

Bukan setakat itu, penduduk juga terpaksa membawa pistol air jika ingin berjalan di luar rumah bagi mengelak daripada 'diganggu' kucing itu.

Oscar yang turut digelar 'Asbo cat', bermaksud kucing yang mengalami masalah anti-sosial, didakwa mengganggu ketenteraman kawasan tersebut dengan menyerang anjing, kucing dan juga penduduk.

Seorang daripada mangsanya, Leftenan Kolonel (B) Tom Ridgway, 77, terpaksa menghabiskan masa selama enam hari di hospital selepas kucing itu menggigit lengan kanannya sehingga terkena pada bahagian tulang.

Oleh sebab itu juga, jiran-jiran tidak mengendahkan atau menawarkan diri untuk membantu mencari kucing tersebut apabila Oscar hilang pada 17 Oktober lalu.

Pemiliknya, Caroline Hughes berkata, haiwannya itu bukan seekor kucing yang ganas, malah disayangi dan pernah muncul dalam iklan Ikea pada 2010.

"Dia tidak pernah menyerang kanak-kanak dan anjing. Dia hanya menyerang jiran saya kerana lelaki itu cuba menakutkannya ketika cuba untuk memegangnya," kata Hughes yang merancang untuk berpindah dari kawasan itu.

Wanita itu berkata, dia juga bersyukur apabila Oscar ditemui di sebuah rumah di Northampton, kira-kira 40 kilometer dari sini.

Bagi penduduk Wingrave, mereka amat bersyukur dengan kehilangannya kerana menganggap kucing berusia lima tahun itu sangat ganas dan agresif. - AGENSI





Rakam imej hantu

Mohd Hishamuddin Mazidi
Lembaga berwajah putih dengan mata kemerahan serta berambut panjang dirakam Mohd Hishamuddin, di sebuah gerai makan belakang Pasar Chukai


CHUKAI – Imej lembaga berwajah putih dengan mata kemerahan dipercayai hantu berjaya dirakam seorang pembantu gerai, yang mendakwa melihat lembaga itu di sebuah gerai makan belakang Pasar Chukai, malam kelmarin.

Mohd Hishamuddin Mazidi, 16, berkata, walau ntergamam melihat lembaga misteri itu, tapi dia sempat mengeluarkan telefon bimbit lalu merakam gambar lembaga berambut panjang itu kirakira
jam 11.30 malam.

“Lembaga itu berada di dalam gerai di belakang pekerja kedai yang sedang duduk membelakanginya. Bila imej dirakam, dapat dilihat wajah lembaga itu tetapi gambarnya tidak terlalu jelas.

Namun bila diamati akan dapat dilihat wajah hantu tersebut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu, seorang peniaga, Faridah Puteh, 46, mendakwa, kemunculan lembaga itu berkemungkinan ada kaitan dengan penyakit misteri yang dialami anaknya yang bekerja sebagai tukang masak di gerai berkenaan tempat dirakam imej hantu.

Katanya, anak ketiganya, Mohd Suhaimi Khairul Samri, 27, yang masih bujang mengalami masalah buang air kecil berdarah, sejak Jumaat lalu.

“Darah yang keluar seperti darah beku dan kehitamhitaman.

Terkejut dengan keadaan itu saya membawanya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Chukai sebelum pergi mendapatkan rawatan di sebuah hospital pakar di Kuantan, Pahang pula.

“Namun, hasil pemeriksaan menyeluruh yang dilakukan, doktor yang merawat anak saya beritahu dia tidak mengalami sebarang penyakit.

Yang peliknya anak saya tidak mengalami sakit ketika membuang air kecil tetapi darah hitam yang keluar dan bukan air kencing biasa,” katanya.

Susulan itu dakwanya, badan anaknya kini semakin susut dan hanya memakan ubat hospital dengan harapan penyakit misteri itu sembuh.

Sehubungan itu, Faridah memohon mana-mana pihak terutama pengamal perubatan Islam tampil membantu dengan menghubunginya menerusi talian 012-9845772 agar penyakit misteri anaknya itu dapat diubati.