Binaan Dari Pencungkil gigi





Ini merupakan binaan yang dihasilkan daripada  pencungkil gigi sebanyak 100,000 oleh Scott Weaver dari San Fransisco. Binaan ini terdiri daripada tempat-tempat  bersejarah yang terdapat di San Fransisco.

Sukan arnab melompat kian popular

SNOPPY melompat satu halangan di sebuah kelab Kaninhop di bandar Jena, jerman baru-baru ini.


JENA, Jerman - Pertandingan arnab melompat melepasi pagar kini menjadi sukan baharu yang digilai di seluruh dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Mula diperkenalkan di Sweden pada awal tahun 1980-an, acara yang dikenali sebagai Kaninhop itu memerlukan arnab-arnab melompat melepasi halangan yang terdiri daripada pelbagai saiz serta ketinggian.
Seekor arnab berwarna putih hitam bernama Snoopy dari bandar Jena, Jerman merupakan bintang di kelab Kaninhop tempatan.
"Snoopy boleh melompat setinggi 60 sentimeter. Ia juga hebat dalam pertandingan dengan pernah menduduki tempat kedua dan ketiga," kata pengasas kelab Kaninhop di Jena, Claudia Fehlen.




10 Keajaiban Senibina Di Expo 2010 Shanghai



Expo 2010 Shanghai merupakan expo yang paling mahal dalam sejarah mana-mana expo di dunia. Expo Shanghai ni juga merupakan expo yang paling banyak dikunjungi oleh pengunjung dari seluruh pelusuk dunia dan paling banyak disertai oleh mana-mana negara dari seluruh dunia. Sebanyak 73 juta pengunjung datang ke Expo ni sepanjang ianya berlangsung. 246 negara mengambil bahagian di kawasan seluas 5.28 km persegi. 



Canadian Pavilion

Rekaan pavilion ini menggambarkan 3 ciri utama kehidupan di kota moden di Kanada iaitu kreativiti, ketahanan dan pergaulan. Pavilion ini antara yang paling menyerlah pada waktu malam dengan permainan warna di dindingnya yang bertukar-tukar. 





Chinese Pavilion
Diambil daripada inspirasi Kota Larangan di Beijing, pavilion ini dibuat seperti mahkota merah yang digelar "Oriental Crown". Pavilion ini akan kekal di sini selepas Expo Shanghai dan akan dijadikan muzium sejarah China.



Danish Pavilion
Pavilion dari negara Denmark ini mengambil inspirasi kehidupan moden urban di kotaraya Copenhagen. Untuk menggambarkan pengalaman itu, pengunjung boleh ke tingkat atas pavilion ini dengan menaiki basikal kerana Copenhagen dan Shanghai sendiri merupakan antara bandaraya yang banyak menggunakan basikal dalam pergerakan penduduknya. Warna putih scandinavian terserlah untuk menggambarkan suasana santai seperti sedang berkelah.



German Pavilion
Menggunakan konsep "Balancity" yang mana struktur luarannya menggambarkan keseimbangan hubungan antara pembaharuan dan pemuliharaan, inovasi dan tradisi, dan kerja dan masa lapang. Sekali imbas, rekaannya macam Muzium Porsche di Stuttgart. 



Polish Pavilion
Dinding pavilion ini menggunakan tema "geometrically paper-cut pattern" yang menggambarkan tema fesyen monolithic yang berkait rapat dengan sejarah dan kemandirian negara itu sendiri.



Norwegian Pavilion
Jika kebanyakan pavilion menggunakan besi dan konkrit sebagai bahan asas binaan, pavilion Norway ini pula menggunakan sumber alam semulajadi iaitu kayu sebagai binaan asas keseluruhannya. Malah bentuknya juga diinspirasikan daripada pokok yang mana dihimpunkan banyak pokok, siap dengan bentuk seperti dahan dan akar untuk kaki pavilion ini. 



Portugese Pavilion
Konsep rekaannya sama seperti Canadian Pavilion dan ianya menyerlah ketika malam menjelma. Material utama untuk dinding luar dan dalam pavilion ini adalah gabus Portugis yang menggambarkan ketahanan bahannya sama seperti negaranya.



South Korean Pavilion
Pavilion ini adalah antara yang paling menyerlah dalam Expo Shanghai ni. Monumen ni menggambarkan kekuatan teknologi Korea di samping menjaga kebudayaan mereka.



Russian Pavilion
Menggunakan tema ideologi Slavic, khususnya menggambarkan konsep "World Tree" dan dahannya mewakili orang ramai. Dengan 12 menara berwarna emas putih, setiap menara ini menggambarkan sejarah untuk setiap era senibina dari zaman Soviet sehingga sekarang. 



UK Pavilion
Diberi jolokan "The Seed Cathedral", rekaan Thomas Heatherwick ini diperbuat daripada 60,000 rod akrilik yang mana setiap sebatang rod menyimpan 1 spesis benih tumbuhan, bermakna ada 60,000 spesis benih tumbuhan dari seluruh dunia disimpan di pavilion ini.
























Imej Kuntilanak dekat jambatan runtuh

HANTU kuntilanak (dalam bulatan) dirakamkan oleh Pego Guntoro dekat sebuah
jambatan di Tanjong Anom, Indonesia pada Isnin lalu.

TANJUNG ANOM - Seorang lelaki, Pego Guntoro berjaya merakamkan gambar hantu kuntilanak di celah sebatang pokok di sebuah jambatan yang runtuh di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar itu dirakamkan oleh Guntoro menerusi telefon bimbit berkamera pada petang Isnin lalu.
Dalam imej tersebut, hantu kuntilanak itu memakai baju labuh berwarna putih, rambut panjang mengurai manakala tangannya tidak kelihatan.
"Jika diperhatikan, ia seperti kuntilanak," kata seorang rakan Guntoro yang hanya mahu dikenali sebagai Ratno.
Menurutnya, semasa gambar itu dirakamkan, Guntoro kelihatan ketakutan dan menghantar imej tersebut kepadanya.
Penduduk di sekitar lokasi jambatan itu mengaku kuntilanak pernah dilihat di kawasan tersebut.
Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Agus menyatakan bahawa dia pernah melihat kuntilanak dengan wajahnya yang cukup cantik semasa melintas di atas jambatan itu.
Kuntilanak merupakan hantu yang dipercayai berasal dari ibu hamil yang mati. 


Artis Jepun ukir wajah pada pisang

YAMADA merakam gambar setiap ukiran sebelum memakannya.

TOKYO: Hasil ukiran pelik pada pisang ini yang memaparkan wajah Elvis Prestley dan Davey Jones daripada filem Pirates of The Caribbean - dihasilkan dengan pencungkil gigi dan sudu.

Setiap ukiran dibuat selama setengah jam oleh artis Jepun, Keisuke Yamada sebelum pisang itu mula membusuk.


Apabila ukirannya siap Yamada kemudian merakamkan gambar sebelum memakannya. Sejak memuat turun gambar hasil ukirannya di Internet, Yamada, 23, mula mendapat ramai peminat dan mempunyai idea baru hasil saranan mereka. 

Setakat ini, dia sudah mengukir 11 ukiran termasuk naga dan tengkorak yang menggerunkan. Yamada berkata: “Saya mula membuat ukiran kira-kira dua minggu lalu dan sejak memuat turun gambar berkenaan, ramai yang menyukainya.


“Semuanya bermula ketika saya menyiat kulit pisang dan terfikir mungkin seronok jika saya mengukir wajah pada pisang itu.

“Ukiran pertama adalah wajah seseorang yang tersenyum. Saya terkejut apabila ramai menyukainya, jadi saya mula membuat lebih banyak,” katanya.

“Mereka mula memberi idea dan memberi saya insipirasi. Sebelum saya mula mengukir, saya berfikir panjang mengenai apa yang mahu diukir.


“Kemudian saya mula bekerja. Saya mahu orang lain menganggapnya menarik.


“Saya hanya menggunakan pencungkil gigi dan sudu. Saya seorang yang mensasarkan kesempurnaan dan setiap ukiran mengambil masa setengah jam untuk dihasilkan,” katanya.